Sunday, 8 April 2012

Cara Bersujud Dengan Betul :)


Mungkin ramai yang tak tahu macam mana cara sujud dengan betul ketika menunaikan solat . Ramai juga yang menganggap hal ini sesuatu yang remeh . Tetapi sebenarnya hal ini adalah amat penting kerana untuk menentukan sah atau tidak solat kita . Kalau tak sah , bermakna tidak sempurnalah solat kita . Mari kita lihat bagaimana cara sujud dengan betul . Kadang2 aku pon buat silap juga :)



Cuba perhatikan gambar tu betul betul . Sujud yang betul adalah tangan tidak diluruskan dan dirapatkan dengan lantai . Siku hendaklah berada di atas dan bukan menjejaki lantai . 

Rasulullah S.A.W bersabda : "Perbetulkan kedudukan ketika sujud , dan janganlah salah seorang daripada kamu meluruskan kedua lengan tangannya seperti anjing meluruskannya"
(Hadis Riwayat Al Bukhari)   

Diadaptasi daripada KCADI



Saturday, 7 April 2012

Ayat-Ayat Suci Al-Quran yg Perlu Diamalkan :)




Sesungguhnya Al-Quran itu lengkap dengan panduan untuk kita menempuh kehidupan . Mengamalkannya akan dapat membantu manusia untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat . Ya , kawan2 ku sekalian , setiap surah di dalam Al-Quran mempunyai kelebihan dan keistimewaan yg tersendiri . N hari ni aku nak share serba sedikit apa yg aku tahu tentang kelebihan beberapa surah di dalam Al-Quran dan perlu kita amalkan :)


 Surah Yaasin dapat menghilangkan rasa haus atau dahaga pada hari kiamat
 Surah Dukhan dapat membantu kita menghadapi ujian Allah pada hari kiamat
 Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi diri kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir
 Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur
 Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan 
 Surah Al-Kafirun dapat menghalang diri kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian
 Surah Al-Ikhlas dapat melindungi diri kita daripada golongan munafik
 Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki
 Surah An-Nas dapat melindungi diri kita daripada penyakit was-was

Diadaptasi daripada http://www.facebook.com/groups/KCADI/




Sunday, 1 April 2012

Semoga Berbahagia :)



Selamat Pagi . Dah lama aku tak update blog buruk aku ni . Tak sempat nak update . Budak sekolah laa katakan . Aku sebenarnya tak percaya yang dia dah pun kahwin semalam . Walaupun aku dah tengok gambar kahwin dia . Aku rasa macam mimpi . "bior betol dia ni !" Aku bukan jeles woo . Cuma terkejut berok je bila dengar cerita yg dia nak kahwin . Terkilan juga lah sebab tak dapat datang . Yelah ! jauh tuu . Nak pegi naik ape pulak ! haha . Walau apa pon , aku doakan dia bahagia bersama pasangannya sehingga ke syurga . Bukan senang tau hidup berumah tangga ni . Macam macam dugaan dan cabaran yg terpaksa dihadapi . Lebih lebih bila kahwin usia muda . Takpe , aku tahu dia ni baik orangnya n setia . Lagipon membina masjid ni kan satu ibadah . Allah dah tentukan jodoh dia cepat . Aku pun tumpang gembira . Aku harap sangat2 supaya hubungan korang kekal sampai akhir hayat . Selamat Pengantin Baru H :)